To begin with, aku nk cerita dulu environment tempat tinggal aku..Aku di besarkan di dalam persekitaran universiti..selama lebih kurang 23 tahun lamanya..spesifiknya di Kuarters Keselamatan Universiti Malaya a.k.a Kampung Awal Universiti Malaya yang di buka sekitar tahun 1978/79. Namun skrg ni kampung tu hanya tinggal nama dan sejarah...Kalau adik2 yg masuk UM skrg for sure mereka x tahu mana tmpt tu..Tp jika di tanya para pelajar sebelum tahun 2006, mereka pasti tahu tmpt itu..Lokasi asalnya adalah di kepong/ di kelilingi antara Kolej Kediaman 6 (Ibnu Sina), Koleh Kediaman Ke 2 , Kolej Kediaman 1, Kolej Jururawat PPUM dan Fakulti Pergigian (Bangunan Baru), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Sekarang tmpt itu telah wujudnya sebuah dewan besar dan menjadi lot parking(kalau di lihat dari lebuhraya persekutuan-mmg nampak). Tapak Rumah aku adalah betul2 yg berhadapan dengan Fakulti pergigian baru nih...Knp aku bercerita ttg tempat ini..Ada sebabnya..kerana lokasi2 ini menjadi tempat permainan waktu kecilku...=)
Aku sgt sygkan rumah ini dan sehinggalah di usia Jubli Perak Kg Awal (25 tahun), Vice Censelor mengumumkan yang kwsn rumah ini akan di robohkan dan di gantikan dengan Pangsapuri Inderaloka Pantai Dalam..sob..sob sedih :(
Rumah2 di sini adalah teres berkembar empat-empat..maknanya dalam satu baris ada 4 buah rumah..dan di sini hanya ada 100 buah rumah sahaja..Kawasan rumah ni di bahagikan kepada blok A, B, C dan D. Rumah aku beralamatD96, Kampung Awal Universiti Malaya 50603 K.L. Oleh kerana kwsn ini hanya memiliki jumlah penduduk yang kecil, maka kami 100% saling mengenali.
Walaupun ada 100 buah rumah shj..kawsn penempatan ini agak besar..Jadi selalunya aku akan bermain2 dgn kawan2 aku yg berada di blok D sahaja..mmg ada bergaul ngan kawan2 blok lain tp perjumpaan terhad..hanya pd waktu mengaji shj kami jumpa..
Oleh kerana penempatan ini di buka pada tahun 1978/79, maka kebanyakan penduduknya mempunyai anak2 seusia aku..kalau lebih tua pun dalam 5 -6 tahun dari aku sahaja..Jadi di waktu usia kanak2ku aku ada ramai kawan sepermainan...di blok D sahaja..hampir semua rumah mempunyai anak2 hampir sebaya denganku..Kawan2 aku selain adik beradikku ialah spt halim, azhar, kak rina, ain, norin, midah, shukri, kak julia, kak shima, erin, akmal, apis, fatul, along, atan dan joy. Kemana2 pun selalunya inilah geng2nya...pi mengaji iqra' ..pi mengaji umah Cik Mar, pi main2..
Selalunya kami bermain2 ada musim2nya...kadang2 musim main galah panjang, musim main layang2, musim main kad uno, main badminton, main pondok2..main khemah2, main baling
slipar..main tutup botol,main rounders (mcm kriket) main basikal, main konda kondi (iye ke ejaan nyer camni~hehehe)..mcm2 lah..
Kalau zaman main khemah2 dan pondok2..ia adalah satu memori yg paling best..yer la masa tu baru2 kawan2 abg and abg sekali join pengakap..so, masa tu kalau x silap depa ni baru balik dari templer park..jadi gian buat2 khemah di terbawa2 balik..Tempat kami selalu berkemah ialah di kwsn papan iklan di atas bukit (boleh nampak dari faderal highway-bila dah lalu kota darul ehsan..pandang ke kiri..mesti nampak papan iklan besar ni, dulu iklan yg pertama ialah Kodak Colour-knp aku boleh ingat sbb dulu ada perasmian besar2an kat kwsn tu-yer la masa tu di iktiraf papan iklan terbesar di malaysia.). Kawasan papan iklan ni jalan masuknya adalah menggunakan kwsn rumah kami. Jadi untuk merialisasikan khemah ini, ada yg bawa kain kanvas nk tutup khemah, ada yg pacak kayu..so bila dah jadi khemah, kakak2 yg ada kan bw periuk dan masak..hahahaha..bukan masak apa pun..cuma masak air untuk buat sirap atau teh..and ada yg bawak jajan...masa ni umur kami lebih kurang 8-13 tahun. So lepas siap semua...kami duduk dekat bukit tu sambil menikmati pandangan highway..dulu highway tu x besar mcm skrg ni..dulu siap ada jalan shortcut pejalan kaki untuk ke kampung kerinci kat tepi highway..skrg semua tu dah ditutup oleh pembangunan..
Bila parent kami dapat tahu kami main kat kwsn tu, mereka marah and not allowing us to go there anymore..Then, kami wat keputusan main khemah2 atau pondok2 kat bwh jambatan yg di bina oleh Cik Hussin (arwah) ayah pd kak rina dan ain. Jambatan tu akceli untuk memudahkan ketenya di parking di laman rumah (sbb ada longkang besar). Di tepi longkang, di bawah jambatan itulah kami wat port khemah...so bila mak panggil boleh dengar terus sbb umah kak rina adalah di belakang umah aku..
Bila tiba time main layang2 ..aku akan hanya jadi pemerhati atau paling2 tidak akan menjadi penolong abang untuk tarik layang2 dia..Selalunya abang and the gang akan buat layang2 sendiri..so kami akan main kat tepi padang sebelah surau..dan yg paling x best bila musim main gasing atau guli..boring betul sbb hanya jadi pemerhati..
Kalau time main rounders, atau galah panjang, atau badminton..ha..itu best sbb mmg akan join sekali..kadang2 sampai gadoh2 sbb x puas hati..hehehe..tp kejap jer..lepas tu esok baik semula..
Kami akan main uno atau main tutup botol atau saidina bila hari hujan..so kitaorg akan kumpul kat umah kawan2 yg ada permainan itu dan main smpi penat..Kalau main basikal pulak, kami akan share2 sbb bukan semua org ada basikal..so yg ada basikal akan bonceng org lain ..bonceng kat belakang (dgn cara memijak skru yang terkeluar di kiri dan kanan tayar basikal belakang sampil berpaut di bahu rakan yg membawa basikal tersebut). Masa tu kan budak2 so..x kira la lelaki ke perempuan ker...main jer..hehehe..so me round la kami di sekitar kawasan perumahan...
Yang jadi menarik adalah bila bulan puasa sbb bulan ni jer ada mercun ngan bunga api..So lepas balik ngaji...geng2 kanak2 blok ini akan berlawan main mercun di sebalik bukit antara blok A dan B..( sbb bukit menjadi laluan untuk sampai keblok D) selalunya kami kanak2 blok D akan berlawan ngan kanak2 blok A dan B yg bergabung (sbb mereka sikit)...kami kanak2 blok D berada di atas bukit..dan bolk A dab B berada di bawah bukit..so bila kami lalu jer kawasan tu, kami akan di ambush..so apa lagi ..P.E.R.A.N.G!!!..BOMMM!!!..BOMM!!!KEBABOMMM!! bunyi mercun..tapi kami main x la sampai cedera..cuma yg ada kawan yg jatuh tergolek dr bukit..hahaha..yg terdasyat..ada sorang yang masa tu di baling mercun papan ker mercun lalat..x ingat..mercun masuk dalam baju dia..so mercun tu meletup2 dalam baju dia..habis berlubang2 baju...
Mak aku dulu aktif dengan surau..jadi AJK surau selalu minta mak aku untuk ajar budak2 nasyid untuk event2 surau . Selalu aku dan abg akan di minta untuk cari kawan2 dan kami akn berlatih di rumah aku..hehehehe..best tu...setiap kali ada event yg memerlukan kami bernasyid..maka setiap kali itulah mak akan menjadi pengajarnya...
Selain dari aktiviti2 permainan biasa, kami juga selalu di jemput ke kolej2 kediaman atau fakulti untuk join the students activities..mmg perancangan aktiviti diorg akan involvekan kami anak2 keselamatan UM. Contohnya kolej yang selalu buat aktiviti mewarna ialah kolej 1 , 6 dan 2..Selepas mewarna akan ada aktiviti sukaneka ngan abg2 dan kakak2 mahasiswa..best sgt..sbb kalah ke menang ke akan dapat hadiah..walaupun hanya sekadar kotak pensel..ia sgt berharga..aktiviti mcm ni mmg selalu ada..dalam setahun tu lebih kurang 2-3 kali..yer la setiap kolej kan aktiviti nyer lain2..tp org yg di panggilnya tu sama:)..pernah sekali diorg (kolej kediaman ke 2) anjurkan pertandingan hafazan surah2 lazim..masa tu sepatutnya adik aku yg bongsu yg masuk(sbb utz kat iqra' bg nama dia)..tp itu pakcik pengulu sudah salah mention kata sy yg kena masuk..huhuhu...menggigil2 waktu..yer la baru 9 ke 10 tahun masa tu..but i can go through that competition w/pun x la menang..hahah..yg marahnya..bila hari penyampian hadiah..nama adik pulak yg diorg mentian and sijil atas nama dia..huh! tp masa tu mana pandai nak pi tukar2 kat secrateriat..redo jer la amik sijil nama org lain...selain tu dapat sejadah warna biru..sampai hari ni sejadah tu masih di gunakan...and pd kawan2 aku yg pernah dtg rumah and guna sejadah biru..itulah sejadah yg aku maksudkan..!
Ada juga yg anjurkan kem motivasi..kalau x silap anjuran Persatuan Mahasisawa Islam Universiti Malaya (PMIUM)..Buat kat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Shah Alam)..Masa tu admire giler kat satu abg fasi ni namanya Abg Mat yang juga programme coordinator..sbb suara dia sgt merdu bila ngaji, bila alunkan zikrullah dan bila nyanyi nasyid..wah terpegun..dia sgt baik layan kami adik2 ini..Modul kem ni menggunakan pendekatan ESQ training model..sbb its involve emotion, spirituals, character buldings, dan mcm2..ni first time pergi training yang buatkan stud nanges2...masa tu mmg nanges teruk lar...hahaha tp bila dah attend banyak kali program yg lebih kurang sama approachnyer..sy realize ada modul2 yg telah di tetapkan..dan anggapan saya itu ternyata benar sehinggalah bila saya dah masuk universiti dan bekerja di universiti, sy dapati mmg mmg ada modul2 tersebut..hahaha dan di sbbkan kenangan2 ini saya suka untuk menjadi fasilitator..cuma tiada kesempatan untuk saya menjadi fasi..insyaAllah ada rezeki, sy menantikan peluang sebegini...
Aktiviti bukan setakat begini sahaja..selalunya bersama geng2 kami bermain2 di fakulti perubatan, fakulti engineering dan Alam Bina..bukan2 main2 biasa tapi kami explore cari shortcut ke sekolah..Mmg abah akan pergi ambil balik setiap kali pegi sekolah..tapi kadang2 bila ada ko kurikulum, mak dan abah akan benarkan kami balik bersama2 berjalan kaki segerombolan anak2 setaman perumahan..Akceli jarak UM ke sekolah x jauh..lebih kurang 5oo -800meter jer..Aku bersekolah rendah di SRK (1) Sultan Alam Shah dan besekolah menengah di SMK Sultan Abdul Samad Petaling Jaya..so selalunya jalan pulang kerumah melalui PPUM,tembus ke kolej 6, tembus ke kwsn rumah.. ataupun dari gate PJ, masuk ke fac engineering, tembus ke alam bina, tembus ke rumah.........kreatif x kitaorg..bukannya apa..nak jimat masa dan tenaga..hehehe
Inilah serba sedikit kenangan sewaktu zaman kanak2 dan sy x mahu kehilangan kenangan2 manis semasa di kuaters dahulu..biarpun menjadi sejarah..tp sy mahu abadikan kenangan ini dalam blog supaya ia tidak terus hilang...............
No comments:
Post a Comment