Program ni akceli ada 2 bahagian yang di jalankan secara serentak iaitu Program bersama kanak2 dan program kelas Dewasa dan kami di tugaskan untuk mengemudi program untuk kanak2..Ada lebih kurang 150 orang participants yang terdiri daripada pelajar2 dari 4 buah sekolah di mukim Ayer Hangat Langkawi.
HARI PERTAMA/ KHAMIS 17/12/2011
Perjalanan bermula pd pukul 7.30 ke rumah pakcik..sblm tu singgah di Masjid Taman Tun Dr. Ismail amik rakan2 yg lain kat situ..tp masalah yg timbul ialah aku x tahu camner nak menuju ke rumahnya..hahaha..buta jalan la katakan..kalau aku sepuluh kali lalu jalan tu pun.. mesti akan sesat..selalunya kalau pi ke situ mak atau adik aku yg akan drive..hehehe..nasib baik la di kalangan rakan yg sy amik di masjid td taw jalan..
So dalam pukul 8.30 smpi la ke rumah pakcik aku tu...then, kami masukkan beg2 dan materials untuk programme, dalam pukul 9.30 pagi kami mulakan perjalanan...Ada 2 buah kereta yg di bawa..1 kete pakcik dan satu lagi kete aku..and of cos bukan aku yg memandu..jauh tu ke kuala perlis..ada org lain yg bawa...dan kami tiba di kawasan jeti kuala perlis lebih kurang pukul 3.30 ptg..hmm laju juga deme ni bw kete..kalau aku tu alamat petang ataupun mlm la baru smpi...hahaha..so lepas kami punggah barang2 dalam kol 4.30 ptg kami naik feri ke Pulau Langkawi.. Dalam perjalanan lebih kurang 1 jam tu..aku ada nampak satu pulau berbentuk kura2..Subhanallah..apa lagi amik camera..terus snap... Kami sampai ke tmpt programme beberapa minit nak masuk waktu maghrib....
Malam tu aktiviti terus bermula..tp kami2 yg baru sampai ni perlu la ke tempat penginapan untuk mandi, solat dan tukar pakaian dulu..Yang kelakarnya ustz yg bawa kami dari jeti langkawi tu x tahu kat mana tmpt penginapan kami..so dia hanya bw ke tmpt programme dan satu lagi kete yg bw fasi2 yg lain terus ke tmpt penginapan..tp yg menjadi masalh ialah beg baju kami berada di kereta yg satu lagi dan kereta yg di naiki aku ni ada beg fasi lain..dengan kata lain..beg dan tuan x berada dalam kete yg sama...So mereka2 yg sampai resort tu x dpt la nak tukar pakaian juga..hahaha..so dalam satu jam juga tunggu..ada org yg hantar kami ke resort tu..Masalah lain pula timbul apb dirog bg kunci bilik yg salah...aiseh....ding dong..ding dong..akhirnya kami siap dan pegi ke tmpt programme..Pakcik dah berapa kali sms suruh cepat sikit sbb kanak2 ramai dan perlu kawalan fasi..
Sampai di tmpt programme, kami lihat kanak2 tu dah duduk dalam kumpulan, di beri briefing oleh pakcik sy dan ustz hafiz..kami fasi2 yg lain di tugaskan untuk siapkan fail2/ materials programme. Materials di bahagikan pd kumpulan dewasa dan kanak2 dan untuk kanak2 di bahagikan kpd 2 iaitu yang membaca Iqra' dan Al Quran..Kanak2 tu juga di bahagikan kepada kumpulan yang tahu membaca al Quran dan kanak2 yg kurang mahir membaca Al Quran (dalam erti kata yang lain -masih di peringkat buku Iqra'). Setelah semua selesai kanak2 tu di minta untuk tidur awal kerana perlu bangun seawal 4 am untuk Qiamullail..Kami fasi2 ni dah di pesan awal untuk bergilir2 tidur di tempat program bg mengawasi kanak2 ni..Di sbbkan aku dan yg lain2 ni baru smpi maka, mereka2 yg sampai awal ni yg perlu menjaga kanak2 itu.
Gambar di bawah...Ini lah anak2 dalam kumpulan saya..yg baju oren tu boleh mengaji..tp x tau knp utz masukkan dalam group Iqra..Mungkin dia x boleh sebut huruf Ra'..sebutnya jadi gha..Mula2 ingat dia main2..bila bila suruh sebut lori..dia sbb loghi..oo..maknanya dia mmg pelat..nk buat camner..dia kata cikgu KAFA dia pun dah tegur tp dia x boleh nak ubah..x per la dik..practice la..lama2 mesti boleh..
Hari Kedua / Jumaat / 18/11/2011
Seawal 4am kanak2 ni telah bangun dan bersiap2 untuk Qiamuillail..nama pun kanak2 ada lah juga yg ketegaq..payah nyer la nak mangkit (bangun)...ikut kata fasi yg jaga diorg mlm tu..depa x mau tidoq..pi keluaq jalan2 sampai pukul 3am..haish...bahaya tu...tu yg bila Qiamullail semua dah dok terlentok...tp ada satu fasi ni (Lec UUM-Ex stud UIAM-hehehe nak mention jugak tu)..menjadi pengawas..pi gerak semua2 yg terlentok tu.. Lepas Qiamullail, solat subuh dan kemudian ada Tazkirah Subuh...
Dan program start lepas makan sarapan pagi...kumpulan2 kecil yang di buat semalam di assign pada fasi..pada mulanya aku beranggapan aku x di assign pd mana2 kump..sekadar pembantu jer....maklumla aku ni bukannya mahir..dah di ajak membantu prog pun dan satu kepuasan bg aku..tp x..pakcik suruh aku jadi fasi untuk kanak2 yg membaca Iqra'..Dengan penuh penghargaan aku terima..kumpulan yang lain2 tu yang membaca Al Quran di assign pada fasi2 yang bertauliah.. Ada modul yang di sediakan kepada fasi2 untuk mengemudi kumpulan2 mereka sendiri..
Dalam kumpulan aku ni adalah kanak2 yg berusia 7-12 tahun...ada macam2 ragam..mula2 aku kenalkan diri sebagai Kak Hidayah...dan aku bahasakan diri sebagai "kak"..tp lucu betul bila diorg panggil aku ustazah..aiseh....laen macam jer rasa...hahaha..lantak korang la dik..nk panggil apa...Biasalah kanak2 kalau di suruh ngaji mcm2 la alasan diorg nak menolak..bila org ni mengaji..org ni main2 benda lain..So aku sentiasa gunakan approach2 berlainan untuk attract kanak2 ni punya attention..Mula2 buat cara konvensional..mengaji sorang2..pastu yg lain x pay attention, tukar pulak cara, biasalah kan kanak2 kan suka kan persaingan..mereka mahu di puji ..(tp ni puji ikhlas taw-puji sbb they are doing the right things)..So aku minta diorg baca berdua2..siapa yg paling lancar dan betul sebutan huruf dan lantang suara..diaorg menang...masa ni aku nampak approach ni menjadi...nampak mereka bersemangat sikit...bila diorg baca betul aku akan cakap.."bagus".."pandai".."bijaknya adik dih".."betul".. dan gunakan intonasi ceria..kalau nak tegur salah..aku gunakan ayat.."ehh..tengok betul2".."cuba sekali lagi"...dan aku x mahu gunakan ayat .."salah tu"..sbb akan membuatkan diorg rasa rendah diri...
Ternyata approach ni menjadi...tp aku tukar sedikit cara sbb tengok lama2 diog dah mula bosan..so aku gunakan cara beri markah pulak..dan konon2 markah akan di submit pada ustz. So mereka bersungguh2 la jugak... Ada lagi sbb mengapa mereka ni bersungguh2..sbb mereka nak AlQuran..(Al Quran di beri secara percuma pd kanak2 yg pandai bc tp untuk kanak2 yg kurang mahir..hanya di beri Iqra'. Di sebabkan mereka nak Al Quran tu..maka sentiasalah mereka memujuk sy untuk memberikannya..tp di sbbkan kekurangan Al Quran maka kami x dpt la beri..apa yg aku boleh katakan pada kanak2 tu ialah..kalau ada lebih..boleh la di beri kalau x de lebih..x dapat nk buat apa..Tp namanya pun kanak2..bila cakap mcm tu mereka x boleh terima..jadi aku terpaksa katakan pd mereka..kamu kena ngaji dulu elok2..kalau x lancar mcm mana nk dpt quran..tu yg depa dok semangat nak ngaji...and pada siapa yg rasa dah lancar iqra ni ..pi jumpa ustz..ngaji depan dia..kalau utz rasa puas hati..mesti ustz bg quran...hehehe..mereka x berani nyer nak buat camtu..hahaha..helah aku menjadi...Ada satu kanak2 tu..namanya fikri...dalam darjah 3 rasanya...asyik minta Quran..beriya2..mmg rasa kesian..tp nak buat camner..dia masih x lancar..dia ni paling banyak karenah dan sebenarnya paling lucu... Aktiviti ini berlangsung samapi petang... Pada malamnya..di adakan Forum Hal Ehwal Islam, yang bertajuk Al Quran Mukjizat dan Penawar..di pengerusikan oleh Utz Hilmi dan Ahli Panelnya terdiri daripada Pensyarah USIM, Pensyarah DQ JAKIM dan Mudir QTC. Ramai juga yang hadir mlm tu walaupun hujan lebat...di akhirnya di sampaikan hadiah untuk pemenang cabutan bertuah....
Ahli penal Forum Hal Ehwal Islam..
Malam kedua ni giliran aku yang mengawasi tidur anak2 ini..tp kali ni aku seorg sahaja kerana yang lain2 x dapat menemani aku...dah terbayang dah dalam kepala cerita dari fasi yg menjaga mereka semalam..Sedangkan mereka berempat susah nak mengawal camner la pulak aku nanti..Nasib baik la ada adik 15 tahun (anak tempatan) sudi tolong aku untuk jaga anak2 ni..kanak2 perempuan ni ada dalam 80 org..bayangkan..huishhhh...
So tepat pukul 11.30 malam, aku dah teriak untuk suruh diorg tidor...padamkan semua lampu...tutup semua pintu dan tingkap...tp time2 tu la ada yg lapar, ada yg nak minum, ada yg nak pegi buang air... haish...aku buat rondaan mcm warden kat asrama lak...hehehe..kena buat muka garang sikit waktu ni agar mereka ikut cakap... Bila dirog mula nak bercakap..aku akan bangkit dan tegur diorg..last2 dalam 12.30 am mostly dah tdo..Ada satu kumpulan budak2 darjah 6, ha..yg ni yg payah..sbb apa jer yg mereka buat akan mempengaruhi adik2 yg lain...agak susah nak di tegur..kerana melawan cakap..cuma waktu ni apa yg boleh sy buat ialah menggunakan kuasa veto untuk mengarahkan mereka tidor..kena raise up the voice dgn mereka..yg sy mula jadi naik angin kerana mereka ini semacam sengaja tidur di tepi pintu kaca (w/pun di tutup) namun ia transperent. Dan pintu itu menghubungkan antara laluan ke tempat tidur anak2 lelaki..dengan xtutup auratnya..mula2 sy tegur dengan elok untuk diorg move ke dalam sedikit agar x dapat di lihat..tp diorg semacam melawan...dan mereka berjanji akan jaga aurat mereka.. Sy dah x dpt buat apa..terpaksa mengalah..dan memberi syarat supaya mereka berganjak sedikit kedalam dan pakai tudung, aurat mesti di tutup sempurna..dan mereka agreed..alih2 bila bangun pagi..kebanyakan dah tanggal tudung..nasib baik masa tu anak2 lelaki belum bangun..apa lagi kena la diaorg BOM sedas dua daripada saya..
Malam yang sama juga mcm2 hal jadi...sy sejujurnya snagt takut tp gagahkan jua hati ni.. Ada antara kanak2 ni yang tidur berjalan (bahaya betul).. Dia akan bangun...berjalan2 berlegar2..dan kemudian kembali ke tmpt asal dan sambung tidur semula...so saya arahkan adik yang bantu sy td untuk tdo di sebelah budak itu kerana jika dia berjalan, mesti dia akan langgar kaki..so ada org yg akan perasan nanti bila dia bangun..
Setelah sy pastikan semua nya tdo...sy pun cari port yang boleh lihat semua pintu keluar..dan tdo di situ..tujuannya..kalau nampak ada yg nak keluar sy boleh perasan...bayangkan lah dalam gelap2 tu..sy terpaksa berjaga dahulu untuk pastikan semuanya ok..dalam pukul 2am..sy dah mula pejam mata dah..tiba2 dengan sore budak nanges..aiseh...karang budak2 lain bangun pulak..so sy pun gi la kat budak tu dan tanya kenapa..agaknya dia mimpi ke apa ker..ckp..nak kakak dia..(kakak adik ni pun ada dalam program tu...tp dia dah sedap tdo..takmo ganggu)..so apa yg saya buat ialah..peluk dia dulu..tenangkan dia,,dan minta dia baring atas peha saya..kemudian usap2 belakang dia sambil baca surah Fatihah, ayat 3 Qul dan Ayat Qursi (dalam hati sy berdoa pada Allah - "Ya Allah anak2 ini sedang dalam menuntut ilmu mencari redha-Mu, maka Kau bantulah Hamba-Mu ini untuk menjaga anak2 ni dengan sebaik mungkin"..dalam dia khayal nak tdo, lepas bc ayat2 tu sy pesan secara berbisik kat adik ni suruh dia tdo dan jangan takut..Its work!..x lama tu dia tdo dengan sangat nyenyak..
Kemudian..selang satu jam saya rasa..ada lagi kanak2 ni yg menanges..sy merapati dia dan tanya kenapa..dia kata dia sangat takut..so, buat perkara yg sama pada anak ini..dan Alhamdulillah..anak ini juga tdo dengan nyenyak sekali selepas itu...Saya dalam pukul 4am baru la sy dapat lelap..Sedar2 sbb fasi2 yg lain dah sampai..dalam pukul 5.30am..apa lagi kelam kabut bangunkan semua kanak2 ni....dan akhirnya semua pun bersolat jemaah subuh...
Hari Ketiga / Sabtu / 19/12/2011
Hari ni hari terakhir programme.. Its starts with solat subuh, kemudian tazkirah ( sedutan sedikit tazkirah- Jangan banyak ketawa di dunia kelak nanti kita menagis di akhirat...tp banyakkan menangis di dunia agar kita akan ketawa di akhirat).. Sepatutnya pagi ni ada explorace..tp di sebabkan ada kesalahan yg mereka lakukan, ustz memberi denda dan x ada aktiviti itu..so mereka menyambung aktiviti mcm semalam..namun kali ini ada additional xtiviti di mana akan di adakan pertandingan setiap kumpulan..pertandingan itu ialah mentaddabur ayat al quran- x kira lah dengan bercerita ke..membaca dan kemudian membaca tafsir ke..selain tu hafazan surah al mukminun..dan membaca Al Quran secara berlagu (bertaranum). Saya sangat kagum dengan anak2 ni..sy sendiri x boleh melakukan sedimikian..tp mereka boleh..tujuan pertandingan ini sebenarnya untuk performance majlis penutup nanti..
Tiba majlis penutup, performace telah di lakukan, dan sijil 2 di berikan..Nampak semua peserta berpuas hati..cuma ada satu adik ni(dari kumpulan sy)..dah menangis dah..sbb x der sijil..bila check rupanya x de nama dia dalam registration form...Utz minta buatkan juga sijilnya dan call ayah dia untuk ambil sijil tu dari guru KAFA mereka yg juga turut membantu dalam prog ni.
Yang paling rasa bangga bila guru2 KAFA tu hairan mcm mana budak2 ni boleh dengar kata kami untuk mengaji sedangkan mereka sendiri rasa susah nak suruh mereka duduk mengaji..Bak kata pakcik saya la.." nampaknya program kita ni berjaya la"- sbb dpt komen yg positif dari guru2 KAFA ni..
Malam tu..hahaha shopping time..huhuhu..dengan 2 kereta yg di sediakan oleh pihak penganjur pada kami..Kami pi la bandar langkawi..pi shopping cokelat dan sourviner yg lain..dan x di sangka2 kami2 ni di beri wang saguhati pulak..mmg x expect langsung!...hahaha..dah puas shopping kami pi cari kedai makan la pulak....so pilih tempat makan kat tepi laut...macam2 ada...depa dok order ikan jenahak masak 3 rasa, ikan jenahak masak halia dan ikan jenahak bakar..kemudian order lala, siput buluh, tomyam , sayur baby kailan dan sayur kankung belacan..heheh..pakcik sy kata kalau Saidina Umar ada dan tengok kita makan mcm ni boleh menangis..huhuhu..kami sengih2 jer...dan terima kasih pada Aunty Johara dan Ramizah yang belanja kami makan....
Cadangnya malam tu kami nak pi candat sotong..tp di sebabkan x cukup masa untuk buat preparation bot maka kami tukar cadangan untuk mengail ikan keesokan harinya... So esok tu dalam pukul 9, kali bertolak menuju ke tanjung Rhu..dan naik bot..Pemandu Bot..Pak su sangat ramah...dan bagi kami price yg sangat murah..Sepatutnya 3 jam perjalanan =RM 450 tapi dia hanya charge kami RM 250...kami pergi berenam, sy, pakcik sy, siti, aunty ramizah, aunty johara dan ustz hafiz..Dalam perjalanan tu mcm2 yg kami lihat..Subhanallah..Bukit Gorila/ King Kong, Gua Kelawar, Gua Buaya, pergi Fish Feed, lihat pokok bakau..pegi tengok org bf Eagle Feeding..semuanya di Kilim Geopark..Kemudian kami menyusuri lautan andaman..di sini sy mula2 nak mabuk laut dah..baru taw yg sy ni mmg ada kelemahan nih..hahaha..bila bot di bw laju..boleh tahan lagi..tp bila bot berenti sy rasa kepala dah bergoyang2...tp control jer...dalam pening2 tu sy nak juga cuba untuk mengail..and guess what..sy dapat ikan..tu pun sebenarnya sy x tahu sgt caranya..pastu ustz hafiz kata gulung tali tu pelan2..kalau rasa ada yg menyentap tu..gulung laju sikit..akhirnya sy berjaya juga dapat...hahaha..
Lepas tu dalam pukul 2 kami bergerak balik ke tempat penginapan untuk berkemas dan nak balik KL. Feri dalam pukul 4.30 ptg dan kami mmg betul2 smpi ke feri sewaktu feri nak bergerak.....
So, turun jer dari feri dah dalam pukul 6 mcm tu ..terus memandu ke Nibong Tebal..dapat jemputan makan malam dan dalam pukul 10.30 mlm baru smpi..lepas makan bergerak balik dalam pukul 12.00 mlm..kesian kat org yg drive..memandu sorang..so kami2 yg dalam kete ni bersembang2 la...cuma bila dah lebih kurang pkl 2 pagi semua pun dah x larat nak bukak mata..semua pon tdo..cuma aunty johara kadang2 dengar dia sembang2..sy bila terjaga tu bersembang juga la..pastu sambung tdo..yg di pandu tu kete sy..kata ustz yg memandu tu..wiper x jelas..dah la malam tu hujan..aiseh..sorry la yer...lain kali sblm bw ke mana2 sy check dulu apa2 yg patut..kami berhenti kat R & R tapah..lama juga..pastu dalam 430 pagi..bergerak balik KL..Kami smpi umah pakcik tepat kol 7pagi..huhuhu..akhirnya sampai juga.....
Huh panjang pulak..cerita kali ni..moga jumpa lagi..bye..
No comments:
Post a Comment