Friday 7 October 2011

Convocation Fiesta

Sekarang ni sibuk di seluruh malaysia, kebanyakan universiti buat konvo untuk meraikan stud2 mereka..Aku pun pernah melalui saat bahagia ni bila mana di anugerahkan segulung ijazah. Perasaan bahagia itu x dapat di gambarkan lebih2 lagi bila pandang wajah mak masa tu..Tp masa tu aku sedikit terkilan sbb arwah abah x sempat nk melihat anaknya ini naik ke pentas ..saat abah " pergi" tinggal sebulan jer lagi dari tarikh konvo...mmg sgt terkilan tp aku taw..abah bangga dengan aku...masa abah kat hospital..aku bisik bg taw kat dia..untuk tungu dan lihat aku naik pentas..masa tu dalam keadaan abah tidak sedar..air mata dia meleleh...sgt sedih bila terkenang masa tu...

Skrg ni pun kat UIAM (tmpt aku keje skrg) ni tengah sibuk wat preparation untuk konvo..aku jadi committee usherer VVIP masa istiadat konvo nanti...Tahniahlah kat adik2 yg bakal menerima ijazah masing2..moga2 ia boleh membawa manfaat pada masyarakat dan negara..

Bila cerita pasal konvo ni..benda yg paling sinonim dengannya ialah pesta konvo..Pesta konvo dahulu dengan sekrang ni sgt berbeza...aku x pasti di univerisiti lain tp dari dulu hingga kini aku melihat evolusi yg berlaku di pesta konvokesyen UM..Ye la..dulu aku dok dalam kuartes keselamatan..sbb arwah abah keje kat situ..jadi dari aku lahir sehingga umur aku 23 tahun..aku mmg di besarkan di dalam universiti itu..

Kalau dulu, pesta konvo sgt meriah...ada mcm2..kiranya event ni lah yang paling di tunggu2 tiap tahun..mcm2 ada...ada fun fair..umah hantu, ada belon panas, ada pameran helicopter TUDM (diorg allowed untuk masuk dalam helicopter tu)..berduyun2 kami sejiranan bersama family masing2 berjalan kaki ke tapak pesta..x jauh pun antara tapak pesta ngan rumah..ada la kot dalam 5 minit jalan kaki... tp sekrang evolusi semakin mengubah segalanya....x macam dahulu lagi..skrg x umah macam pasar malam..cuma yg membezakan ia dengan pasar malam ialah kat pasar malam x jual teady bear yg pakai mortar cap dan x ada jual bunga-bunga-an dalam kuantiti yang banyak...so skrg bila lalu lalang di tapak pesta tersebut rasa tiada hati untuk menyinggah..tetiba teringat lagu ni pulak ~"terkenang semasa dulu..hatiku merasa rindu"~

No comments:

Post a Comment