Friday, 2 December 2011

Program Sayang Al Quran -Masjid Riadus Solihin Langkawi

To begin with, aku nk cerita dulu mcm mana boleh tiba2 jer mengikuti program ni..Fasilitator nya bukan calang2..terdiri daripada para penghafaz Al Quran (Persatuan Hafiz Malaysia) dan mereka2 yg telah mengikuti pengajian kelas Al Quran selama 9-10 tahun di Masjid Negara dan Qurra' Training Centre.Maksudnya mereka2 ini mmg mahir dan bertauliah..cuma mungkin rezeki aku, di beri peluang untuk bersama2 membantu para fasilitator w/pun x bertauliah dan x mahir pun... Sebenarnya pakcik aku yg ajak (He is one of the facilitator merangkap Program Coordinator). So, I just grab this oppurtunity...Rasa sangat bertuah bila di ajak..dan sememangnya aku suka program2 sebegini.

Program ni akceli ada 2 bahagian yang di jalankan secara serentak iaitu Program bersama kanak2 dan program kelas Dewasa dan kami di tugaskan untuk mengemudi program untuk kanak2..Ada lebih kurang 150 orang participants yang terdiri daripada pelajar2 dari 4 buah sekolah di mukim Ayer Hangat Langkawi.

HARI PERTAMA/ KHAMIS 17/12/2011

Perjalanan bermula pd pukul 7.30 ke rumah pakcik..sblm tu singgah di Masjid Taman Tun Dr. Ismail amik rakan2 yg lain kat situ..tp masalah yg timbul ialah aku x tahu camner nak menuju ke rumahnya..hahaha..buta jalan la katakan..kalau aku sepuluh kali lalu jalan tu pun.. mesti akan sesat..selalunya kalau pi ke situ mak atau adik aku yg akan drive..hehehe..nasib baik la di kalangan rakan yg sy amik di masjid td taw jalan..

So dalam pukul 8.30 smpi la ke rumah pakcik aku tu...then, kami masukkan beg2 dan materials untuk programme, dalam pukul 9.30 pagi kami mulakan perjalanan...Ada 2 buah kereta yg di bawa..1 kete pakcik dan satu lagi kete aku..and of cos bukan aku yg memandu..jauh tu ke kuala perlis..ada org lain yg bawa...dan kami tiba di kawasan jeti kuala perlis lebih kurang pukul 3.30 ptg..hmm laju juga deme ni bw kete..kalau aku tu alamat petang ataupun mlm la baru smpi...hahaha..so lepas kami punggah barang2 dalam kol 4.30 ptg kami naik feri ke Pulau Langkawi.. Dalam perjalanan lebih kurang 1 jam tu..aku ada nampak satu pulau berbentuk kura2..Subhanallah..apa lagi amik camera..terus snap... Kami sampai ke tmpt programme beberapa minit nak masuk waktu maghrib....






Ini la gambar pulau yg berbentuk kura2 tu:-



Malam tu aktiviti terus bermula..tp kami2 yg baru sampai ni perlu la ke tempat penginapan untuk mandi, solat dan tukar pakaian dulu..Yang kelakarnya ustz yg bawa kami dari jeti langkawi tu x tahu kat mana tmpt penginapan kami..so dia hanya bw ke tmpt programme dan satu lagi kete yg bw fasi2 yg lain terus ke tmpt penginapan..tp yg menjadi masalh ialah beg baju kami berada di kereta yg satu lagi dan kereta yg di naiki aku ni ada beg fasi lain..dengan kata lain..beg dan tuan x berada dalam kete yg sama...So mereka2 yg sampai resort tu x dpt la nak tukar pakaian juga..hahaha..so dalam satu jam juga tunggu..ada org yg hantar kami ke resort tu..Masalah lain pula timbul apb dirog bg kunci bilik yg salah...aiseh....ding dong..ding dong..akhirnya kami siap dan pegi ke tmpt programme..Pakcik dah berapa kali sms suruh cepat sikit sbb kanak2 ramai dan perlu kawalan fasi..

Sampai di tmpt programme, kami lihat kanak2 tu dah duduk dalam kumpulan, di beri briefing oleh pakcik sy dan ustz hafiz..kami fasi2 yg lain di tugaskan untuk siapkan fail2/ materials programme. Materials di bahagikan pd kumpulan dewasa dan kanak2 dan untuk kanak2 di bahagikan kpd 2 iaitu yang membaca Iqra' dan Al Quran..Kanak2 tu juga di bahagikan kepada kumpulan yang tahu membaca al Quran dan kanak2 yg kurang mahir membaca Al Quran (dalam erti kata yang lain -masih di peringkat buku Iqra'). Setelah semua selesai kanak2 tu di minta untuk tidur awal kerana perlu bangun seawal 4 am untuk Qiamullail..Kami fasi2 ni dah di pesan awal untuk bergilir2 tidur di tempat program bg mengawasi kanak2 ni..Di sbbkan aku dan yg lain2 ni baru smpi maka, mereka2 yg sampai awal ni yg perlu menjaga kanak2 itu.




Gambar di bawah...Ini lah anak2 dalam kumpulan saya..yg baju oren tu boleh mengaji..tp x tau knp utz masukkan dalam group Iqra..Mungkin dia x boleh sebut huruf Ra'..sebutnya jadi gha..Mula2 ingat dia main2..bila bila suruh sebut lori..dia sbb loghi..oo..maknanya dia mmg pelat..nk buat camner..dia kata cikgu KAFA dia pun dah tegur tp dia x boleh nak ubah..x per la dik..practice la..lama2 mesti boleh..


Hari Kedua / Jumaat / 18/11/2011

Seawal 4am kanak2 ni telah bangun dan bersiap2 untuk Qiamuillail..nama pun kanak2 ada lah juga yg ketegaq..payah nyer la nak mangkit (bangun)...ikut kata fasi yg jaga diorg mlm tu..depa x mau tidoq..pi keluaq jalan2 sampai pukul 3am..haish...bahaya tu...tu yg bila Qiamullail semua dah dok terlentok...tp ada satu fasi ni (Lec UUM-Ex stud UIAM-hehehe nak mention jugak tu)..menjadi pengawas..pi gerak semua2 yg terlentok tu.. Lepas Qiamullail, solat subuh dan kemudian ada Tazkirah Subuh...

Dan program start lepas makan sarapan pagi...kumpulan2 kecil yang di buat semalam di assign pada fasi..pada mulanya aku beranggapan aku x di assign pd mana2 kump..sekadar pembantu jer....maklumla aku ni bukannya mahir..dah di ajak membantu prog pun dan satu kepuasan bg aku..tp x..pakcik suruh aku jadi fasi untuk kanak2 yg membaca Iqra'..Dengan penuh penghargaan aku terima..kumpulan yang lain2 tu yang membaca Al Quran di assign pada fasi2 yang bertauliah.. Ada modul yang di sediakan kepada fasi2 untuk mengemudi kumpulan2 mereka sendiri..

Dalam kumpulan aku ni adalah kanak2 yg berusia 7-12 tahun...ada macam2 ragam..mula2 aku kenalkan diri sebagai Kak Hidayah...dan aku bahasakan diri sebagai "kak"..tp lucu betul bila diorg panggil aku ustazah..aiseh....laen macam jer rasa...hahaha..lantak korang la dik..nk panggil apa...Biasalah kanak2 kalau di suruh ngaji mcm2 la alasan diorg nak menolak..bila org ni mengaji..org ni main2 benda lain..So aku sentiasa gunakan approach2 berlainan untuk attract kanak2 ni punya attention..Mula2 buat cara konvensional..mengaji sorang2..pastu yg lain x pay attention, tukar pulak cara, biasalah kan kanak2 kan suka kan persaingan..mereka mahu di puji ..(tp ni puji ikhlas taw-puji sbb they are doing the right things)..So aku minta diorg baca berdua2..siapa yg paling lancar dan betul sebutan huruf dan lantang suara..diaorg menang...masa ni aku nampak approach ni menjadi...nampak mereka bersemangat sikit...bila diorg baca betul aku akan cakap.."bagus".."pandai".."bijaknya adik dih".."betul".. dan gunakan intonasi ceria..kalau nak tegur salah..aku gunakan ayat.."ehh..tengok betul2".."cuba sekali lagi"...dan aku x mahu gunakan ayat .."salah tu"..sbb akan membuatkan diorg rasa rendah diri...
Ternyata approach ni menjadi...tp aku tukar sedikit cara sbb tengok lama2 diog dah mula bosan..so aku gunakan cara beri markah pulak..dan konon2 markah akan di submit pada ustz. So mereka bersungguh2 la jugak... Ada lagi sbb mengapa mereka ni bersungguh2..sbb mereka nak AlQuran..(Al Quran di beri secara percuma pd kanak2 yg pandai bc tp untuk kanak2 yg kurang mahir..hanya di beri Iqra'. Di sebabkan mereka nak Al Quran tu..maka sentiasalah mereka memujuk sy untuk memberikannya..tp di sbbkan kekurangan Al Quran maka kami x dpt la beri..apa yg aku boleh katakan pada kanak2 tu ialah..kalau ada lebih..boleh la di beri kalau x de lebih..x dapat nk buat apa..Tp namanya pun kanak2..bila cakap mcm tu mereka x boleh terima..jadi aku terpaksa katakan pd mereka..kamu kena ngaji dulu elok2..kalau x lancar mcm mana nk dpt quran..tu yg depa dok semangat nak ngaji...and pada siapa yg rasa dah lancar iqra ni ..pi jumpa ustz..ngaji depan dia..kalau utz rasa puas hati..mesti ustz bg quran...hehehe..mereka x berani nyer nak buat camtu..hahaha..helah aku menjadi...Ada satu kanak2 tu..namanya fikri...dalam darjah 3 rasanya...asyik minta Quran..beriya2..mmg rasa kesian..tp nak buat camner..dia masih x lancar..dia ni paling banyak karenah dan sebenarnya paling lucu... Aktiviti ini berlangsung samapi petang... Pada malamnya..di adakan Forum Hal Ehwal Islam, yang bertajuk Al Quran Mukjizat dan Penawar..di pengerusikan oleh Utz Hilmi dan Ahli Panelnya terdiri daripada Pensyarah USIM, Pensyarah DQ JAKIM dan Mudir QTC. Ramai juga yang hadir mlm tu walaupun hujan lebat...di akhirnya di sampaikan hadiah untuk pemenang cabutan bertuah....


Ahli penal Forum Hal Ehwal Islam..


Malam kedua ni giliran aku yang mengawasi tidur anak2 ini..tp kali ni aku seorg sahaja kerana yang lain2 x dapat menemani aku...dah terbayang dah dalam kepala cerita dari fasi yg menjaga mereka semalam..Sedangkan mereka berempat susah nak mengawal camner la pulak aku nanti..Nasib baik la ada adik 15 tahun (anak tempatan) sudi tolong aku untuk jaga anak2 ni..kanak2 perempuan ni ada dalam 80 org..bayangkan..huishhhh...

So tepat pukul 11.30 malam, aku dah teriak untuk suruh diorg tidor...padamkan semua lampu...tutup semua pintu dan tingkap...tp time2 tu la ada yg lapar, ada yg nak minum, ada yg nak pegi buang air... haish...aku buat rondaan mcm warden kat asrama lak...hehehe..kena buat muka garang sikit waktu ni agar mereka ikut cakap... Bila dirog mula nak bercakap..aku akan bangkit dan tegur diorg..last2 dalam 12.30 am mostly dah tdo..Ada satu kumpulan budak2 darjah 6, ha..yg ni yg payah..sbb apa jer yg mereka buat akan mempengaruhi adik2 yg lain...agak susah nak di tegur..kerana melawan cakap..cuma waktu ni apa yg boleh sy buat ialah menggunakan kuasa veto untuk mengarahkan mereka tidor..kena raise up the voice dgn mereka..yg sy mula jadi naik angin kerana mereka ini semacam sengaja tidur di tepi pintu kaca (w/pun di tutup) namun ia transperent. Dan pintu itu menghubungkan antara laluan ke tempat tidur anak2 lelaki..dengan xtutup auratnya..mula2 sy tegur dengan elok untuk diorg move ke dalam sedikit agar x dapat di lihat..tp diorg semacam melawan...dan mereka berjanji akan jaga aurat mereka.. Sy dah x dpt buat apa..terpaksa mengalah..dan memberi syarat supaya mereka berganjak sedikit kedalam dan pakai tudung, aurat mesti di tutup sempurna..dan mereka agreed..alih2 bila bangun pagi..kebanyakan dah tanggal tudung..nasib baik masa tu anak2 lelaki belum bangun..apa lagi kena la diaorg BOM sedas dua daripada saya..

Malam yang sama juga mcm2 hal jadi...sy sejujurnya snagt takut tp gagahkan jua hati ni.. Ada antara kanak2 ni yang tidur berjalan (bahaya betul).. Dia akan bangun...berjalan2 berlegar2..dan kemudian kembali ke tmpt asal dan sambung tidur semula...so saya arahkan adik yang bantu sy td untuk tdo di sebelah budak itu kerana jika dia berjalan, mesti dia akan langgar kaki..so ada org yg akan perasan nanti bila dia bangun..

Setelah sy pastikan semua nya tdo...sy pun cari port yang boleh lihat semua pintu keluar..dan tdo di situ..tujuannya..kalau nampak ada yg nak keluar sy boleh perasan...bayangkan lah dalam gelap2 tu..sy terpaksa berjaga dahulu untuk pastikan semuanya ok..dalam pukul 2am..sy dah mula pejam mata dah..tiba2 dengan sore budak nanges..aiseh...karang budak2 lain bangun pulak..so sy pun gi la kat budak tu dan tanya kenapa..agaknya dia mimpi ke apa ker..ckp..nak kakak dia..(kakak adik ni pun ada dalam program tu...tp dia dah sedap tdo..takmo ganggu)..so apa yg saya buat ialah..peluk dia dulu..tenangkan dia,,dan minta dia baring atas peha saya..kemudian usap2 belakang dia sambil baca surah Fatihah, ayat 3 Qul dan Ayat Qursi (dalam hati sy berdoa pada Allah - "Ya Allah anak2 ini sedang dalam menuntut ilmu mencari redha-Mu, maka Kau bantulah Hamba-Mu ini untuk menjaga anak2 ni dengan sebaik mungkin"..dalam dia khayal nak tdo, lepas bc ayat2 tu sy pesan secara berbisik kat adik ni suruh dia tdo dan jangan takut..Its work!..x lama tu dia tdo dengan sangat nyenyak..

Kemudian..selang satu jam saya rasa..ada lagi kanak2 ni yg menanges..sy merapati dia dan tanya kenapa..dia kata dia sangat takut..so, buat perkara yg sama pada anak ini..dan Alhamdulillah..anak ini juga tdo dengan nyenyak sekali selepas itu...Saya dalam pukul 4am baru la sy dapat lelap..Sedar2 sbb fasi2 yg lain dah sampai..dalam pukul 5.30am..apa lagi kelam kabut bangunkan semua kanak2 ni....dan akhirnya semua pun bersolat jemaah subuh...

Hari Ketiga / Sabtu / 19/12/2011

Hari ni hari terakhir programme.. Its starts with solat subuh, kemudian tazkirah ( sedutan sedikit tazkirah- Jangan banyak ketawa di dunia kelak nanti kita menagis di akhirat...tp banyakkan menangis di dunia agar kita akan ketawa di akhirat).. Sepatutnya pagi ni ada explorace..tp di sebabkan ada kesalahan yg mereka lakukan, ustz memberi denda dan x ada aktiviti itu..so mereka menyambung aktiviti mcm semalam..namun kali ini ada additional xtiviti di mana akan di adakan pertandingan setiap kumpulan..pertandingan itu ialah mentaddabur ayat al quran- x kira lah dengan bercerita ke..membaca dan kemudian membaca tafsir ke..selain tu hafazan surah al mukminun..dan membaca Al Quran secara berlagu (bertaranum). Saya sangat kagum dengan anak2 ni..sy sendiri x boleh melakukan sedimikian..tp mereka boleh..tujuan pertandingan ini sebenarnya untuk performance majlis penutup nanti..

Tiba majlis penutup, performace telah di lakukan, dan sijil 2 di berikan..Nampak semua peserta berpuas hati..cuma ada satu adik ni(dari kumpulan sy)..dah menangis dah..sbb x der sijil..bila check rupanya x de nama dia dalam registration form...Utz minta buatkan juga sijilnya dan call ayah dia untuk ambil sijil tu dari guru KAFA mereka yg juga turut membantu dalam prog ni.
Yang paling rasa bangga bila guru2 KAFA tu hairan mcm mana budak2 ni boleh dengar kata kami untuk mengaji sedangkan mereka sendiri rasa susah nak suruh mereka duduk mengaji..Bak kata pakcik saya la.." nampaknya program kita ni berjaya la"- sbb dpt komen yg positif dari guru2 KAFA ni..



Antara performace majlis penutup...

Malam tu..hahaha shopping time..huhuhu..dengan 2 kereta yg di sediakan oleh pihak penganjur pada kami..Kami pi la bandar langkawi..pi shopping cokelat dan sourviner yg lain..dan x di sangka2 kami2 ni di beri wang saguhati pulak..mmg x expect langsung!...hahaha..dah puas shopping kami pi cari kedai makan la pulak....so pilih tempat makan kat tepi laut...macam2 ada...depa dok order ikan jenahak masak 3 rasa, ikan jenahak masak halia dan ikan jenahak bakar..kemudian order lala, siput buluh, tomyam , sayur baby kailan dan sayur kankung belacan..heheh..pakcik sy kata kalau Saidina Umar ada dan tengok kita makan mcm ni boleh menangis..huhuhu..kami sengih2 jer...dan terima kasih pada Aunty Johara dan Ramizah yang belanja kami makan....



Makan malam dengan hampir semua fasi...

Cadangnya malam tu kami nak pi candat sotong..tp di sebabkan x cukup masa untuk buat preparation bot maka kami tukar cadangan untuk mengail ikan keesokan harinya... So esok tu dalam pukul 9, kali bertolak menuju ke tanjung Rhu..dan naik bot..Pemandu Bot..Pak su sangat ramah...dan bagi kami price yg sangat murah..Sepatutnya 3 jam perjalanan =RM 450 tapi dia hanya charge kami RM 250...kami pergi berenam, sy, pakcik sy, siti, aunty ramizah, aunty johara dan ustz hafiz..Dalam perjalanan tu mcm2 yg kami lihat..Subhanallah..Bukit Gorila/ King Kong, Gua Kelawar, Gua Buaya, pergi Fish Feed, lihat pokok bakau..pegi tengok org bf Eagle Feeding..semuanya di Kilim Geopark..Kemudian kami menyusuri lautan andaman..di sini sy mula2 nak mabuk laut dah..baru taw yg sy ni mmg ada kelemahan nih..hahaha..bila bot di bw laju..boleh tahan lagi..tp bila bot berenti sy rasa kepala dah bergoyang2...tp control jer...dalam pening2 tu sy nak juga cuba untuk mengail..and guess what..sy dapat ikan..tu pun sebenarnya sy x tahu sgt caranya..pastu ustz hafiz kata gulung tali tu pelan2..kalau rasa ada yg menyentap tu..gulung laju sikit..akhirnya sy berjaya juga dapat...hahaha..


Dalam keadaan mabuk laut..sy dapat jugak ikan..hahaha



Gambar ni ketika berada di Gua Kelawar




Gambar ini ketika berada di Lautan Andaman, Kawasan Kilim Geopark Forest
Lepas tu dalam pukul 2 kami bergerak balik ke tempat penginapan untuk berkemas dan nak balik KL. Feri dalam pukul 4.30 ptg dan kami mmg betul2 smpi ke feri sewaktu feri nak bergerak.....

So, turun jer dari feri dah dalam pukul 6 mcm tu ..terus memandu ke Nibong Tebal..dapat jemputan makan malam dan dalam pukul 10.30 mlm baru smpi..lepas makan bergerak balik dalam pukul 12.00 mlm..kesian kat org yg drive..memandu sorang..so kami2 yg dalam kete ni bersembang2 la...cuma bila dah lebih kurang pkl 2 pagi semua pun dah x larat nak bukak mata..semua pon tdo..cuma aunty johara kadang2 dengar dia sembang2..sy bila terjaga tu bersembang juga la..pastu sambung tdo..yg di pandu tu kete sy..kata ustz yg memandu tu..wiper x jelas..dah la malam tu hujan..aiseh..sorry la yer...lain kali sblm bw ke mana2 sy check dulu apa2 yg patut..kami berhenti kat R & R tapah..lama juga..pastu dalam 430 pagi..bergerak balik KL..Kami smpi umah pakcik tepat kol 7pagi..huhuhu..akhirnya sampai juga.....


Antara fasilitator..yang lain2 dah balik sendiri dan ada yang stau kat langkawi, dan perlis.




Huh panjang pulak..cerita kali ni..moga jumpa lagi..bye..

Monday, 24 October 2011

Zaman Kanak2

To begin with, aku nk cerita dulu environment tempat tinggal aku..Aku di besarkan di dalam persekitaran universiti..selama lebih kurang 23 tahun lamanya..spesifiknya di Kuarters Keselamatan Universiti Malaya a.k.a Kampung Awal Universiti Malaya yang di buka sekitar tahun 1978/79. Namun skrg ni kampung tu hanya tinggal nama dan sejarah...Kalau adik2 yg masuk UM skrg for sure mereka x tahu mana tmpt tu..Tp jika di tanya para pelajar sebelum tahun 2006, mereka pasti tahu tmpt itu..Lokasi asalnya adalah di kepong/ di kelilingi antara Kolej Kediaman 6 (Ibnu Sina), Koleh Kediaman Ke 2 , Kolej Kediaman 1, Kolej Jururawat PPUM dan Fakulti Pergigian (Bangunan Baru), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Sekarang tmpt itu telah wujudnya sebuah dewan besar dan menjadi lot parking(kalau di lihat dari lebuhraya persekutuan-mmg nampak). Tapak Rumah aku adalah betul2 yg berhadapan dengan Fakulti pergigian baru nih...Knp aku bercerita ttg tempat ini..Ada sebabnya..kerana lokasi2 ini menjadi tempat permainan waktu kecilku...=)

Aku sgt sygkan rumah ini dan sehinggalah di usia Jubli Perak Kg Awal (25 tahun), Vice Censelor mengumumkan yang kwsn rumah ini akan di robohkan dan di gantikan dengan Pangsapuri Inderaloka Pantai Dalam..sob..sob sedih :(


Rumah2 di sini adalah teres berkembar empat-empat..maknanya dalam satu baris ada 4 buah rumah..dan di sini hanya ada 100 buah rumah sahaja..Kawasan rumah ni di bahagikan kepada blok A, B, C dan D. Rumah aku beralamatD96, Kampung Awal Universiti Malaya 50603 K.L. Oleh kerana kwsn ini hanya memiliki jumlah penduduk yang kecil, maka kami 100% saling mengenali.

Walaupun ada 100 buah rumah shj..kawsn penempatan ini agak besar..Jadi selalunya aku akan bermain2 dgn kawan2 aku yg berada di blok D sahaja..mmg ada bergaul ngan kawan2 blok lain tp perjumpaan terhad..hanya pd waktu mengaji shj kami jumpa..


Oleh kerana penempatan ini di buka pada tahun 1978/79, maka kebanyakan penduduknya mempunyai anak2 seusia aku..kalau lebih tua pun dalam 5 -6 tahun dari aku sahaja..Jadi di waktu usia kanak2ku aku ada ramai kawan sepermainan...di blok D sahaja..hampir semua rumah mempunyai anak2 hampir sebaya denganku..Kawan2 aku selain adik beradikku ialah spt halim, azhar, kak rina, ain, norin, midah, shukri, kak julia, kak shima, erin, akmal, apis, fatul, along, atan dan joy. Kemana2 pun selalunya inilah geng2nya...pi mengaji iqra' ..pi mengaji umah Cik Mar, pi main2..


Selalunya kami bermain2 ada musim2nya...kadang2 musim main galah panjang, musim main layang2, musim main kad uno, main badminton, main pondok2..main khemah2, main baling
slipar..main tutup botol,main rounders (mcm kriket) main basikal, main konda kondi (iye ke ejaan nyer camni~hehehe)..mcm2 lah..


Kalau zaman main khemah2 dan pondok2..ia adalah satu memori yg paling best..yer la masa tu baru2 kawan2 abg and abg sekali join pengakap..so, masa tu kalau x silap depa ni baru balik dari templer park..jadi gian buat2 khemah di terbawa2 balik..Tempat kami selalu berkemah ialah di kwsn papan iklan di atas bukit (boleh nampak dari faderal highway-bila dah lalu kota darul ehsan..pandang ke kiri..mesti nampak papan iklan besar ni, dulu iklan yg pertama ialah Kodak Colour-knp aku boleh ingat sbb dulu ada perasmian besar2an kat kwsn tu-yer la masa tu di iktiraf papan iklan terbesar di malaysia.). Kawasan papan iklan ni jalan masuknya adalah menggunakan kwsn rumah kami. Jadi untuk merialisasikan khemah ini, ada yg bawa kain kanvas nk tutup khemah, ada yg pacak kayu..so bila dah jadi khemah, kakak2 yg ada kan bw periuk dan masak..hahahaha..bukan masak apa pun..cuma masak air untuk buat sirap atau teh..and ada yg bawak jajan...masa ni umur kami lebih kurang 8-13 tahun. So lepas siap semua...kami duduk dekat bukit tu sambil menikmati pandangan highway..dulu highway tu x besar mcm skrg ni..dulu siap ada jalan shortcut pejalan kaki untuk ke kampung kerinci kat tepi highway..skrg semua tu dah ditutup oleh pembangunan..

Bila parent kami dapat tahu kami main kat kwsn tu, mereka marah and not allowing us to go there anymore..Then, kami wat keputusan main khemah2 atau pondok2 kat bwh jambatan yg di bina oleh Cik Hussin (arwah) ayah pd kak rina dan ain. Jambatan tu akceli untuk memudahkan ketenya di parking di laman rumah (sbb ada longkang besar). Di tepi longkang, di bawah jambatan itulah kami wat port khemah...so bila mak panggil boleh dengar terus sbb umah kak rina adalah di belakang umah aku..

Bila tiba time main layang2 ..aku akan hanya jadi pemerhati atau paling2 tidak akan menjadi penolong abang untuk tarik layang2 dia..Selalunya abang and the gang akan buat layang2 sendiri..so kami akan main kat tepi padang sebelah surau..dan yg paling x best bila musim main gasing atau guli..boring betul sbb hanya jadi pemerhati..

Kalau time main rounders, atau galah panjang, atau badminton..ha..itu best sbb mmg akan join sekali..kadang2 sampai gadoh2 sbb x puas hati..hehehe..tp kejap jer..lepas tu esok baik semula..

Kami akan main uno atau main tutup botol atau saidina bila hari hujan..so kitaorg akan kumpul kat umah kawan2 yg ada permainan itu dan main smpi penat..Kalau main basikal pulak, kami akan share2 sbb bukan semua org ada basikal..so yg ada basikal akan bonceng org lain ..bonceng kat belakang (dgn cara memijak skru yang terkeluar di kiri dan kanan tayar basikal belakang sampil berpaut di bahu rakan yg membawa basikal tersebut). Masa tu kan budak2 so..x kira la lelaki ke perempuan ker...main jer..hehehe..so me round la kami di sekitar kawasan perumahan...

Yang jadi menarik adalah bila bulan puasa sbb bulan ni jer ada mercun ngan bunga api..So lepas balik ngaji...geng2 kanak2 blok ini akan berlawan main mercun di sebalik bukit antara blok A dan B..( sbb bukit menjadi laluan untuk sampai keblok D) selalunya kami kanak2 blok D akan berlawan ngan kanak2 blok A dan B yg bergabung (sbb mereka sikit)...kami kanak2 blok D berada di atas bukit..dan bolk A dab B berada di bawah bukit..so bila kami lalu jer kawasan tu, kami akan di ambush..so apa lagi ..P.E.R.A.N.G!!!..BOMMM!!!..BOMM!!!KEBABOMMM!! bunyi mercun..tapi kami main x la sampai cedera..cuma yg ada kawan yg jatuh tergolek dr bukit..hahaha..yg terdasyat..ada sorang yang masa tu di baling mercun papan ker mercun lalat..x ingat..mercun masuk dalam baju dia..so mercun tu meletup2 dalam baju dia..habis berlubang2 baju...

Mak aku dulu aktif dengan surau..jadi AJK surau selalu minta mak aku untuk ajar budak2 nasyid untuk event2 surau . Selalu aku dan abg akan di minta untuk cari kawan2 dan kami akn berlatih di rumah aku..hehehehe..best tu...setiap kali ada event yg memerlukan kami bernasyid..maka setiap kali itulah mak akan menjadi pengajarnya...

Selain dari aktiviti2 permainan biasa, kami juga selalu di jemput ke kolej2 kediaman atau fakulti untuk join the students activities..mmg perancangan aktiviti diorg akan involvekan kami anak2 keselamatan UM. Contohnya kolej yang selalu buat aktiviti mewarna ialah kolej 1 , 6 dan 2..Selepas mewarna akan ada aktiviti sukaneka ngan abg2 dan kakak2 mahasiswa..best sgt..sbb kalah ke menang ke akan dapat hadiah..walaupun hanya sekadar kotak pensel..ia sgt berharga..aktiviti mcm ni mmg selalu ada..dalam setahun tu lebih kurang 2-3 kali..yer la setiap kolej kan aktiviti nyer lain2..tp org yg di panggilnya tu sama:)..pernah sekali diorg (kolej kediaman ke 2) anjurkan pertandingan hafazan surah2 lazim..masa tu sepatutnya adik aku yg bongsu yg masuk(sbb utz kat iqra' bg nama dia)..tp itu pakcik pengulu sudah salah mention kata sy yg kena masuk..huhuhu...menggigil2 waktu..yer la baru 9 ke 10 tahun masa tu..but i can go through that competition w/pun x la menang..hahah..yg marahnya..bila hari penyampian hadiah..nama adik pulak yg diorg mentian and sijil atas nama dia..huh! tp masa tu mana pandai nak pi tukar2 kat secrateriat..redo jer la amik sijil nama org lain...selain tu dapat sejadah warna biru..sampai hari ni sejadah tu masih di gunakan...and pd kawan2 aku yg pernah dtg rumah and guna sejadah biru..itulah sejadah yg aku maksudkan..!

Ada juga yg anjurkan kem motivasi..kalau x silap anjuran Persatuan Mahasisawa Islam Universiti Malaya (PMIUM)..Buat kat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Shah Alam)..Masa tu admire giler kat satu abg fasi ni namanya Abg Mat yang juga programme coordinator..sbb suara dia sgt merdu bila ngaji, bila alunkan zikrullah dan bila nyanyi nasyid..wah terpegun..dia sgt baik layan kami adik2 ini..Modul kem ni menggunakan pendekatan ESQ training model..sbb its involve emotion, spirituals, character buldings, dan mcm2..ni first time pergi training yang buatkan stud nanges2...masa tu mmg nanges teruk lar...hahaha tp bila dah attend banyak kali program yg lebih kurang sama approachnyer..sy realize ada modul2 yg telah di tetapkan..dan anggapan saya itu ternyata benar sehinggalah bila saya dah masuk universiti dan bekerja di universiti, sy dapati mmg mmg ada modul2 tersebut..hahaha dan di sbbkan kenangan2 ini saya suka untuk menjadi fasilitator..cuma tiada kesempatan untuk saya menjadi fasi..insyaAllah ada rezeki, sy menantikan peluang sebegini...

Aktiviti bukan setakat begini sahaja..selalunya bersama geng2 kami bermain2 di fakulti perubatan, fakulti engineering dan Alam Bina..bukan2 main2 biasa tapi kami explore cari shortcut ke sekolah..Mmg abah akan pergi ambil balik setiap kali pegi sekolah..tapi kadang2 bila ada ko kurikulum, mak dan abah akan benarkan kami balik bersama2 berjalan kaki segerombolan anak2 setaman perumahan..Akceli jarak UM ke sekolah x jauh..lebih kurang 5oo -800meter jer..Aku bersekolah rendah di SRK (1) Sultan Alam Shah dan besekolah menengah di SMK Sultan Abdul Samad Petaling Jaya..so selalunya jalan pulang kerumah melalui PPUM,tembus ke kolej 6, tembus ke kwsn rumah.. ataupun dari gate PJ, masuk ke fac engineering, tembus ke alam bina, tembus ke rumah.........kreatif x kitaorg..bukannya apa..nak jimat masa dan tenaga..hehehe

Inilah serba sedikit kenangan sewaktu zaman kanak2 dan sy x mahu kehilangan kenangan2 manis semasa di kuaters dahulu..biarpun menjadi sejarah..tp sy mahu abadikan kenangan ini dalam blog supaya ia tidak terus hilang...............

Thursday, 20 October 2011

Soal Cinta dan Jodoh

As time goes by aku telah pun berusia 27 tahun..dan sepanjang laluan banyak pengalaman yang aku kutip. Kali aku nak cerita tentang perkara yang jarang2 sekali org dan kawan2 aku dengan aku cakap mengenainya..Iaitu soal cinta dan jodoh...aku selalu mengelak apabila nk berckp mengenainya..bukan x mau ckp ttg ni..cuma x ada apa2 yg boleh dicakpkan..

Bnayk kawan2 dan sedara mara tanya ttg ni..and jawapan standard aku ialah.."tolong la carikan"... Hakikat soal cinta dan jodoh ini aku serahkan sepenuhnya pada Allah yang Maha Esa..Yang Maha Pengasih ..Yang Maha Penyayang...

Kalau dulu mak aku x pernah nak persoalkan tentang perkara ini, namun sejak akhir-akhir ini isu ni selalu di sebut2.. tidak lah seperti memaksa dan mendesak..cuma ada "hint"2 yg selalu di beri.. Dia selalu cakap.." mak doakan yang terbaik untuk anak mak nih..semoga dapat jodoh yang baik, beriman dan yang bertanggungjawab"..dan setiap kali jugalah aku mengaminkan dengan bersungguh2..Bagi aku doa ibu sangat sangat mustajab dan berkat..Moga2 dengan doanya dan restu darinya..Allah memperkenankan doa kami...Aminnn...

Aku ni di besarkan dalam suasana yang ketat dengan displin..Arwah abah mmg x suka anaknya berpeleseran x tentu hala..tanpa arah tujuan..dan setiap gerak geri di kawal...even kalau nak pergi library..dia akan tanya pergi dgn apa, dengan sapa, pukul berapa balik...dan kalau x balik dlm waktu tu..dia akan minta mak call..untuk tanya kat mana sekrang..dan sebenarnya aku amat bersyukur dapat parent mcm ni kerana kalau mereka x buat macam ni..x taw la mcm mana agaknya aku nih...di besarkan di tengah2 kota KL yg mcm2 ada..adalah satu tugas yg amat berat untuk mak ayah aku mendidik anak2 nya supaya tidak tersasar..Dulu masa zaman2 sekolah / remaja..aku selalu juga tertanya2 knp mak ngan abah begitu ketat kawal kami...tengok kawan2 lain..bebas keluar..pergi tengok wayang...pergi jalan2, ( Kalau nak jalan2 mesti ada abg atau mak atau adik2 yang lain) aku rasa jeles ngan kawan2 waktu tu..but akhirnya aku realize yg apa yg parent aku buat menjadikan aku seperti sekarang.. walaupun banyak kekurangan di sana sini tapi aku berazam untuk tidak melakukan sesuatu yg memalukan mak dan abah...Mak pernah cakap..mak abah ni dah la x lawa..jadi jaganlah di contengkan arang ke muka kami..lagilah org nampak kami ni buruk..aku terkesan sangat dengan ayat ini..walaupun ayat ni nampak simple tapi penuh makna tersirat dan tersurat...


So dgn environment mcm ni..aku kurang memikirkan sangat soal cinta...serius!..bukanlah ia bermaksud aku x ada suka ssorg..menipu la kalau aku cakap x de perasaan tu..biasalah..zaman remaja ni..mmg akan akan begitu..suka org ini dan suka orang itu..tp ia x lebih dari perasaan suka... bila dah kerja..aku mula sibuk dgn kerja..org kata aku ni workoholic..ntahla..mungkin kot..sbb aku x suka kalau ada kerja yg x jalan atau kerja yang x jadi.. di tambah juga dengan study..mengurangkan aku untuk memikirkannya..tp mcm aku cakap tadi la..menyukai org tu ttp ada...hahahaha..cumanya masalah sekrang ni i dont know how to move to first step..malulah!....(Blushing)..hahahah..

Baru tadi sembang2 dgn ex boss pasal isu ni..and dia cakap..sister..this is the right time la for u.. sy ckp..Dr X carikan untuk saya..and dia cakap jangan lupa untuk berdoa setiap kali solat... and dia juga ada bg taw..kalau ada apa2 spesific doa untuk dia bacakan depan kaabah..bagi tau la (Dia akan berangkat ke Mekah menunaikan Haji tahun ini-moga dapat haji yang mabrur)..rasa sgt terharu...huhuhu...

Ex2 boss sy yang lain juga sgt memberi motivasi..daripada boss yg mula2..hingga kini..mereka x pernah menyebabkan saya demotivate. Motivasi dari segala segi..they give me full of support..

Thanks to all..saya sayang semua...bye..jumpa lagi..

Tuesday, 11 October 2011

10 October..........

Semalam, 10 October 2011 genap 2 tahun pemergian abah ke rahmatullah..Aku masih ingat macam mana keadaan waktu ini..Pada jam 5.30 pagi abah meghembuskan nafasnya yang terakhir...rasa sebak dan x tahu apa nak buat awaktu tu..bingung...3 bulan sebelum tu, abah nak rebah sewaktu dia nak masuk ke tandas..nasib baik mak sempat sambut abah dan kami adik beradik ampu abah sebelum dia jatuh..lepas tu bw terus ke hospital..Doktor buat angiogram, check kalau2 abah ada sakit jantung..mmg ada. Pada waktu yang sama abah masuk hospital, kakak ipar melahirkan cucu abah yang pertama..Syukur sangat arwah abah sempat melihat keturunannya. " Muhammad Irfan Haziq".

3 hari sebelum dia "pergi", kejadian sama berulang..pagi tu, abah kata dia x larat untuk bangun untuk pergi tandas..x de daya langsung katanya..kaki abah x rasa apa2..mungkin kebas..mak kata x per..nanti mak bersihkan (mak saya sangat tabah, saya sangat mengkagumi ketabahan dan kesabaran dia)..kami anak2 waktu tu bekerja..jadi nya mak cerita..dia panggil pak teh yang kebetulan bukak kedai berhadapan dengan rumah kuaters UM yang kami diami.. untuk bantu mak...dan mak call pejabat keselamatan UM untuk minta bantuan.. kemudian kawan2 abah dari keselamatan UM bantu abah, angkat dan hantar ke hospital..lepas abah dah masuk hospital..dah masuk ke wad emergency..baru mak call kami...tp mak kata kat kami jangan risau sbb abah ok dan abah siap pesan tolong belikan mee hoon sup untuk dia..

Malam tu abah kena wat dialisis (seperti biasa hari isnin, rabu dan jumaat..mmg abah akan buat dialisis-dah derita menghidap penyakit ni sejak 5 tahun sebelum tu..since 2005)..abang dan kakak bw anak mereka yg berusia 3 bulan waktu itu..mula2 anak tu diam aje..x menangis pun..bila abah pegang jer..dia terus menagis sekuat hati..kami heran juga..bila abah dah pegang2, cium2 dan peluk2 cucunya..dia kata kat abg, bw balik la..yg herannya..bila pijak jer pintu lif..anak ni terus senyap..macam x der apa2 pun benda yg berlaku.(mungkin waktu ini anak kecil ini mengetahui yg datuknya x lama)..

Esoknya, lepas balik dari keje..abah minta belikan nasi goreng seafood..dan mcm biasa aku dan adik2 tunaikan la permintaanya..malam tu sekali lagi abah kena dialisis..Doktor kata kena buat..so, malam tu..seperti selalunya kami temankan mak dan abah masa dialisis..Selalunya..kami teman x lama..tapi malam tu since lepas dialisis abah kena masuk wad balik..kami teman abah dan mak hingga abis dialisis dan teman mereka sampai ke wad..Sehingga pukul 1.30 pagi..Abah kata pegi la balik dah pukul satu pagi dah..berani ker balik...kami jawab kami berani jer..sebelum balik tu macam2 la abah pesan...(abah mmg selalu pesan macam2 kalau dia x der kat rumah)-contohnya nanti jangan lupa tutup gas bila dah guna, jangan lupa kunci pintu..kat umah sebelum keluar..kena tutup tingkap-takut nanti kena tempias hujan..so malam tu lepas salam dan cium pipi abah kami adik beradik pun balik..rupanya malam tu la last kami bercakap2 ngan abah...

The next day( hari jumaat), pagi tu mak cerita kat sy, dalam pukul 6.30 am abah minta mak call kami..kejutkan bangun..abah mmg rutinnya..selalu akan kejutkan kami bangun w/pun kami kunci jam..tapi biasa la..bila kunci jam..tutup..and tido balik..abah akan jerit panggil nama kami untuk bangun...itu mmg abah selalu buat..so pagi tu ..agaknya..dia menjalankan rutinnya untuk kali terakhir...

Mak kata dalam pukul 7.30am ada la Doktor pelatih ni datang nak ambil darah...abah pesan kat dia..kalau kamu x dapat amik darah pakcik dengan 3 kali cucuk, panggil doktor yg betul untuk buat..tp doktor tu dah 3 x amik darah x dapat2 and keep pujuk abah untuk diambil darah lagi..abah mungkin marah dan naik darah and suddently dia kata dia x leh bernafas...masa tu abah di beri bantuan oksigen dan bila doktor check..tekanan darah abah x stabil (mmg pada awalnya sy salahkan doktor pelatih tu tapi bak kata mak dan adik bongsu saya- dia hanya penyebab kejadian..yang menetukan ajal maut itu adalah Tuhan). Mak terus call kami..pagi tu saya mmg rasa berat nak pergi kerja dan dah siap2 bg tahu kat boss sy nak masuk lambat sikit kat office (offfice masa tu jauh-kat Nilai Campus)..Boss bagi kebenaran..bila dapat call dari mak..saya dan adik terus jer pergi hospital dan masa tu abah dah koma..

Memang sy, mak dan adik beradik yang lain x dapat terima hakikat masa tu...satu hari satu malam abah koma..hari tu saya dan adik beradik yang lain tidak pergi kerja dan adik bongsu saya tidak pergi kelas..tunggu abah di hopital..yang mengejutkan..Dr Wong kalau x silap nama dia, cakap yg sebenarnya jantung abah dah berenti 10 minit..bila mereka buat CPR..jantung kembali berdegup...tp dia beri tahu chances abah waktu tu 50-50.

Malam tu kami di minta untuk buat satu decision yang sangat sukar...nak x nak abah perlu buat dialisis..untuk buang toksin dalam badan..tapi at the same time dengan keadaan tekanan darah abah yang tidak stabil, x memungkinkan ia dia buat..akan memudaratkan pesakit..lebih2 lagi AFV (Aterio Venus Fistula-satu saluran yang di masukkan di tangan pesakit dialisis) dah x boleh berfungsi). So leher abah perlu di tebuk untuk masukkan saluran dialisis..Kami tanya doktor apa pro and conts kalau kami x buat and doktor said..kalau buat chances 2%, tp kalau x buat chances x ada langsung..so kami buat decison untuk minta dr lakukan juga dialisis walaupun berisiko tinggi.. tp x sempat...sbb dia dah pergi dulu..

Semasa malam tu, kami buat bacaan yasin ramai2 dan bergilir2 agar abah rasa tenang..dan in between that period, aku pergi dekat dengan abah..bisikkan yang aku minta maaf banyak2 kalau aku ada buat salah dan aku cakap yang dia perlu tunggu aku untuk tengok aku convo..naik pentas amik ijazah..masa tu Subhanallah..air mata dia menitis ke tepi pipi..aku tahu dia dengar apa yang aku cakap...aku sapu air mata dia yang mengalir...dan aku teruskan bacaan yasin aku sampai aku terlelap dengan sendiri..Mak masih lagi mengaji ..x tahu sampai bila..agaknya bila terpejam..dia terbangun semula...(sy sangat kagum dengan mak saya)..

Pagi tu dalam 4.30am saya tersedar bila dengar org bising2..bila tanya nurse..dia kata nak sedut kahak abah yang banyak..tp rasa pelik bila diorg macam kelam kabut..dan tutup tirai..x bagi kami tengok apa yg mereka buat...saya sangat heran waktu tu..so adik saya menggunakan kad as medical student di UM, minta untuk buat observation and nurse waktu tu mmg x boleh halang students medical nak buat observation..So mereka allowed adik saya untuk observed apa yang mereka buat..adik sy kata diorg buat CPR..yang mana mereka tekan dada abah..adik kata sangat kuat..sampai dia x sanggup nak tengok...bila doktor oncall masuk dia x bg my sis untuk observed lagi sbb kata nya ada relasionship..so observation x boleh dibuat..so lepas tu dalam 5.30 am..doktor cakap abah pergi buat selamanya...adik saya yati..terduduk jatuh bila dengar khabar ni..saya menagis kuat2 and abg saya peluk saya masa tu..katanya kita kena kuat..supaya mak saya kuat untuk hadapi hidup..

Alhamdulillah, kerja2 penyempurnaan senang dilakukan..tiada masalah lansung..di rumah..jiran2 dah bersedia dengan segala kelengkapan..Van Keselamatan UM pun siap menunggu nak bawa jenazah abah pulang..x perlu kami sewa ambulan atau apa2 kenderaan..terima kasih banyak2 kawan2 mak dan abah di Pangsapuri Inderaloka UM pantai Dalam...

Bila dah di mandikan dan di kapankan..kami anak beranak di benarkan untuk lihat dan cium abah buat kali terakhir..dengan syarat jangan ada air mata yang menitis..so kami sedaya upaya lap air mata supaya x menitis...ramai kawan2 abah,kawan2 adik, kawan2 saya especially kawan2 dari CFS turun melawat jenazah abah,..bg saya semangat..many thanks to my ex boss Mdm Norliza Abu Zaharin..keluarkan wang beli makanan untuk kami wpun kami x lalu untuk makan masa tu..

Dalam pukul 12.30 jenazah abah di bawa ke liang lahat dan di semadikan di situ..Semoga roh abah aman dan semoga rohnya di cucuri rahmat.. Ya Allah kau Ampunkan la dosa2 ku...dosa kedua ibu bapa ku..Ya Allah kau jauhkan la ayahanda ku daripada siksa kubur dan siksa api neraka..kalu luaskan alam kuburnya...Kau jadikan la alam kuburnya sebagai salah satu taman2 syurga..Aminn...

Friday, 7 October 2011

Convocation Fiesta

Sekarang ni sibuk di seluruh malaysia, kebanyakan universiti buat konvo untuk meraikan stud2 mereka..Aku pun pernah melalui saat bahagia ni bila mana di anugerahkan segulung ijazah. Perasaan bahagia itu x dapat di gambarkan lebih2 lagi bila pandang wajah mak masa tu..Tp masa tu aku sedikit terkilan sbb arwah abah x sempat nk melihat anaknya ini naik ke pentas ..saat abah " pergi" tinggal sebulan jer lagi dari tarikh konvo...mmg sgt terkilan tp aku taw..abah bangga dengan aku...masa abah kat hospital..aku bisik bg taw kat dia..untuk tungu dan lihat aku naik pentas..masa tu dalam keadaan abah tidak sedar..air mata dia meleleh...sgt sedih bila terkenang masa tu...

Skrg ni pun kat UIAM (tmpt aku keje skrg) ni tengah sibuk wat preparation untuk konvo..aku jadi committee usherer VVIP masa istiadat konvo nanti...Tahniahlah kat adik2 yg bakal menerima ijazah masing2..moga2 ia boleh membawa manfaat pada masyarakat dan negara..

Bila cerita pasal konvo ni..benda yg paling sinonim dengannya ialah pesta konvo..Pesta konvo dahulu dengan sekrang ni sgt berbeza...aku x pasti di univerisiti lain tp dari dulu hingga kini aku melihat evolusi yg berlaku di pesta konvokesyen UM..Ye la..dulu aku dok dalam kuartes keselamatan..sbb arwah abah keje kat situ..jadi dari aku lahir sehingga umur aku 23 tahun..aku mmg di besarkan di dalam universiti itu..

Kalau dulu, pesta konvo sgt meriah...ada mcm2..kiranya event ni lah yang paling di tunggu2 tiap tahun..mcm2 ada...ada fun fair..umah hantu, ada belon panas, ada pameran helicopter TUDM (diorg allowed untuk masuk dalam helicopter tu)..berduyun2 kami sejiranan bersama family masing2 berjalan kaki ke tapak pesta..x jauh pun antara tapak pesta ngan rumah..ada la kot dalam 5 minit jalan kaki... tp sekrang evolusi semakin mengubah segalanya....x macam dahulu lagi..skrg x umah macam pasar malam..cuma yg membezakan ia dengan pasar malam ialah kat pasar malam x jual teady bear yg pakai mortar cap dan x ada jual bunga-bunga-an dalam kuantiti yang banyak...so skrg bila lalu lalang di tapak pesta tersebut rasa tiada hati untuk menyinggah..tetiba teringat lagu ni pulak ~"terkenang semasa dulu..hatiku merasa rindu"~

Wednesday, 5 October 2011

Testing..........

Assalamualaikum..dan salam sejahtera...

Ni lah pertama kali aku post entry dalam blog..Sblm ni aku x taw apa pasal blog dan bila aku tengok kawan2 lain buat blog..aku rasa terpanggil untuk create blog..banyak citer2 atau ada apa2 info yang boleh di kongsi untuk manfaat semua..

Harap2 blog ini akan sentiasa boleh di update...tp bila time kesibukan..rasanya mmg x sempat nak menghapdet apa2.. hehehe..

Currently saya sangat bizi dengan keje2 di office...mesti korang tertanya2 kan kalau bz kenapa dok berbelog? ha..jawapannya sbb sy dah boring..dan bila dok belek2 blog kawan2 tetiba lak dapat idea nak create blog sendiri...bukannya apa..dekat blog ni boleh citer macam2..nak suarakan pendapat ker..nak citer pengalaman ker..nak citer pasal zaman kecik2 ker..mcm2 boleh...dan dengan ini sy x lah rasa bosan sangat membuat keje2 rutin seharian...denagn keje lagi, dengan belajar part time. lagi..so bila ada bende2 yg interesting yang saya dah buat jauh dari rutin seharian ini..sy nak abadikan dalam blog saya ni...(dah rasa macam diari pulak)..

Ok la..nak test menjadi x post pertama nih..harap jadi lah...jumpa lagi..=)